Blogging dalam Bahasa Malaysia
Thursday, October 6th, 2005Sudah agak lama saya tak menulis post untuk blog ini. Agaknya anda semua tentu hairan kenapa saya menulis dalam bahasa malaysian kan? Usahlah khuatir, cuma nak melihat samada Bahasa Malaysia Baku saya masih elok lagi standardnya. Agak kekok juga ya mengarang dalam BM ni? Tak semudah bantu sekolah dulu dimana bila menulis saya berfikir dalam BM. Sekarang saya dapati, saya fikir dalam English dulu, lepastu menterjemah kepada BM. Satu lagi yang payah ialah ejaan. Saya ingat ada jugak ejaan yang tak betul tapi memandangkan saya tak ada MS word dalam BM, kenalah tunggu si Shafiq (Empire23) baca dan membetulkanya (tapi aku ingat si shafiq punya BM pun berterabur jugak).
Sepatutnya experimentasi ni dilakukan pada bulan lepas, bermula dengan hari kemerdekaan. Semangat nasionalisma lah konon…tapi apa boleh buat, baru semalam saya mendapat idea bila rakan sekerja singapura meminta saya menterjemah surat dari Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada English.
Sibuk benar dalam 3 bulan ini, banyak upgrade yang perlu dilakukan di Asia Selatan. Baru semalam saya terpaksa mengkonfigurasi router di pejabat Singapura, hari ini pulak router di ofis Bangkok lepas tu mungkin Jakarta pulak. Lukisan Soggie dengan Empire23 yang dikomissi bulan lalu pun belum saya habiskan lagi. Maaf ya? Baiklah sampai sini sajalah, takde masa nak menulis panjang lebar.
P.S-Rasa-Rasa nak “tag” rakan-rakan blog saya itu…tengkok setakat mana level BM mereka lepas habis sekolah. Siapa nak meyahut cabaran ni?
Chewyx
Empire23
Soggie
Kita tunggu dan lihat ya?
Post seterusnya dalam Bahasa Sarawak kut?
Bacalah sahutan cabaran yang diterima oleh:
Chewyx disini
———————————————————————————————
Versi Bahasa Sarawak…:P memandangkan chewyx menyatakan bahawa saya NBTD XD
udah lama jua aku sik posting kat blog aku tuk. Nang kitak semua eran kenak kamek tulis dalam bahasa Malaya Baku nak? iboh bimbang, mau nangga bahasa Malaya Baku kamek tuk agi boleh dipakei ke sik. Kekok jua mun mengarang dalam BM tuk. Sik sama cam dolok masa biak di skola mun menulis, kamek pikir dalam BM. Kinik tuk aku pikir dalam bahasa omputeh baru ya diterjemah ke BM. Sigik agi problem pasal ejaan.Kamek pikir ada jua sik betul ejaan kamek tuk, tapi nangga kamek tuk sik ada MS word nok versi BM ya, kenalah nunggu si Syafiq (Empire23) betulkan. (Tapi kamek ingat, si Syafiq empun BM pun teruk jua).
Patutnya experimen tuk dipolah bulan marik, masa hari merdeka. Semangat nasionalisma la konon…tapi sik jadi sebab baru marik aja aku dapat idea masa kawan se-opis nuggah kamek terjemah surat ari Jabatan Hasil Dalam Negeri ke bahasa omputeh.
gago nar kamek dalam masa 3 bulan tuk. Banyak gilak upgrade mau dipolah di Asia Selatan. Baru marik kamek konfigure router nok di opis Singapore, hari tuk tek router kat opis Bangkok, klak router jakarta agi. Lukisan Soggie ngan Empire23 nok komisi bulan marik pun belum agi dipolah abis. Sori ya? udahlah, sampei situk ajalah, sik ada masa mau bekelakar panjang lebar.
P.s-Rasa aja mau di”tag” kawan blog kamek ya…nangga takat ni level BM sidaknya lepas abis skola. Sapa agaknya nok mau sahut cabaran tuk?
Chewyx
Empire23
Soggie
kitak urang nangga ya klak?